Smile Dear
Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Ustaz Kasanova !
Friday 18 April 2014 | 22:12 | 0 comments


AMARAN:

Penulisan ini khas buat para ustaz yang berlagak alim, tetapi dalam masa yang sama, berkasanova lebih. Menjatuhkan maruah para Muslimah dengan sengaja. Jadi buat ustaz-ustaz yang sekalian yang bukan sebegitu, jangan terasa ye. 
________________________________________________________________

Ustaz Kasanova

Di mana-mana sahaja ada golongan ini lebih-lebih lagi mereka yang bertopengkan ‘Ustaz’ di sebalik status islamiknya.

Ada status yang sangat menyentap jiwa dan dosa, ada status yang memberi nasihat. Ah, jadi tidak pelik sekiranya ada Muslimah yang tergilakan kamu wahai ustaz.

“ Jaga ikhtilat wahai Muslimin dan muslimat. Jangan sampai syaitan menghasut.”

Pandai ustaz sebut pasa ikhtilat tetapi ustaz tak sedar yang ustaz sendiri duduk berbalas komen dengan Muslimah yang sentiasa mengikuti post ustaz.

Ustaz sentiasa melihat bilangan followers, setiap hari semakin meningkat, usah kata, setiap kali post, laju sahaja yang mengelik status ustaz. Ada yang mengucap teruskan berdakwah untuk Islam, tetapi niat ustaz hanya satu sahaja, mahu dipandang baik. ALLAHURABBI, tak elok tu ustaz.

Berbekalkan profile pic yang berserban dan berjubah, wow! Sempurnanya ustaz di mata Muslimah sekalian. Maka ada yang memasang niat untuk menjadi ustaz sebagai suami, namun semuanya malu-malu kucing.

Tetapi ada satu tanda yang ustaz sedang mencari, apabila timbulnya status seperti:

“ Aku bakal Imammu..”

“ Rusuk kiriku hendaklah perempuan yang solehah.”

Ah, balik-balik soal rusuk kiri, balik-balik soal makum. Di balik status itu, sebenarnya ustaz ini sedang mencari. Mencari pasangan hidup, tetapi dalam masa yang sama, ada yang mencari pasangan untuk hilang bosan.

Dijanji kahwin, tetapi dalam masa yang sama, mencari yang lain dan juga dijanjikan untuk kahwin, akhirnya tersepit maka berlakulah persengketaan di antara kekasih ustaz. Bergaduh akhirnya terputus begitu sahaja.

Ustaz, disebabkan perangai ustaz ini, ramai yang salah anggap dengan ustaz-ustaz yang lain.

Ustaz, kalau bab agama, ustaz memang hebat menjawab, jadi saya nak tanyalah ustaz satu soalan:

“ Tidak mengapakah berkekasih walaupun tanpa tujuan untuk menikah?”

Ustaz, jangan hanya tahu alim di FB, apa kata ustaz jadi Tok Imam di masjid pula. Itulah baru calon suami yang betul. Kalau ustaz ikhlas dalam sesuatu perkara, In sha ALLAH, manis balasannya.

Ustaz suka memberi pandangan, tetapi sayangnya pandangan itu hanya untuk tatapan Muslimah yang menyukai ustaz. Bangganya ustaz bila tengok Muslimah duduk komen dan puji ustaz. Kembang hidung tu.

Ustaz, janganlah menjatuhkan ustaz yang lain,

Janganlah jadi ustaz kasanova playboy dan sentiasa tajdid diat setiap kali berdakwah dalam FB.’



Old things | New things